Kelas Membuat Sijil & Advokasi KDB
14 February 2019 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta. Kesemua peserta untuk kelas kali ini merupakan pelajar lepasan SPM. Kelas hari ini ialah kelas latihan menaip bagi tujuan membuat sijil. Peserta telah diberikan tugasan untuk membuat sijil penghargaan dengan menggunakan MS Word. Kelas ini bertujuan untuk berkongsi dengan mereka fungsi lain MS Word. Melalui kelas ini, peserta belajar cara membuat bingkai “frame”, “shape”, ”word art” serta “font color”.
Selepas selesai kelas peserta telah diberikan aktiviti Advokasi KDB yang bertajuk ‘Call Spoofing’. Advokasi ini adalah mengenai Penipuan dan penyalahgunaan teknologi dengan memanipulasi nombor talian telefon. Dilakukan dengan memalsukan nombor talian telefon dengan nombor lain yang merupakan nombor yang sah seperti dari Bank, Polis atau pihak berkuasa yang lain. Dengan menyertai kelas ini mereka dapat mengelakan diri daripada menjadi mangsa call spoofing. Tajuk KDB petang ini sam dengan KDB pagi tadi oleh keran peserta nya berbeza.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: