Kelas Compose email (mengarang email) & Advokasi KDB

13 November 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lelaki yang bekerja. Kelas ini telah diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Machan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar cara mengarang dan menghantar email.

Kelas ini berguna kepada pelajar agar mereka mendapat asas penggunaan email dan belajar cara membuat keselamatan email mereka. Selepas selesai kelas tersebut pelajar telah diberikan taklimat Advokasi KDB. Taklimat ini berguna untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai penggunaan internet dengan bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali