E-Kelas - Ting.3 (BI)

23 February 2019 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta. Peserta kali ini merupakan pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki PT 3 tahun ini. Pada kelas hari ini mereka telah mengikuti kelas Bahasa Inggeris. Maxis ekelas memberikan pelajar akses kepada sumber pembelajaran berasaskan awan, yang membolehkan mereka belajar mengikut tempo masa masing-masing. Pelajar boleh menguruskan pembelajaran mereka dan pada masa yang sama, bekerjasama untuk menimba ilmu.

Portal ini adalah tambahan kepada tutorial langsung, dimana pelajar dapat berinteraksi dengan guru melalui penstriman video. Maxis eKelas adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan masyarakat luar bandar dan bandar. Fokusnya ialah pada tiga mata pelajaran – Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. eKelas menawarkan gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran dalam kumpulan dan kandungan digital secara interaktif yang selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali