Membuat laporan aktiviti & Adv KDB (E-WASTE)
16 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mei 2019 dari pukul 2.00 – 5.00 petang, seramai 3 orang peserta perempuan mengikuti kelas komputer MS Word yang bertempat di Bilik Latihan PI1M Machan. Bagi kelas kali ini para peserta telah menngunakan MS Word untuk membuat laporan aktiviti. Kelas ini merupakan kelas kesinambungan kelas membuat kertas kerja tempoh hari. Oleh itu tajuk mereka berdasarkan kertas kerja yang mereka telah buat sebelum ini.
Setelah kelas MS Word selesai pelajar telah diberikan taklimat KDB yang bertajuk E-waste Taklimat KDB ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai e-waste dan kegunaanya. E-waste dapat membantu pengguna dengan memberi maklumat mengenai cara-cara membuang telefon atau peralatan elektronik yang lain seperti pengecas telefon atau bateri telefon setelah tidak dapat digunakan. Ini kerana bahan-bahan terbuang tersebut mempunyai bahan kimia dan radioaktif yang boleh membahayakan kesihatan jika dibiar dan disimpan di kediaman untuk jangka masa yang lama atau dibuang merata.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: