Intro to Canva (Flyer Open day)

12 February 2019 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah dihadiri oleh 7 orang peserta. Kesemua peserta untuk kelas kali ini merupakan pelajar lepasan SPM. Untuk kelas kali ini, pelajar telah didedahkan kepada aplikasi menyunting secara atas talian iaitu Canva. Para pelajar telah diberikan arahan untuk membuat atau mereka flyers sempena hari terbuka pusat internet nanti.

Aplikasi Canva merupakan aplikasi secara talian yan membolehkan pengguna untuk mereka berbagai jenis rekaan grafik seperti kad, sijil malah resume secara percuma. Aplikasi ini menyediakan banyak pilihan grafik dan tema yang pengguna inginkan untuk membuat grafik mereka lebih menarik. Keseluruhannya, applikasi Canva ini sangat berguna dan dapat membantu orang ramai dalam menghasilkan karya yang berkualiti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali