Pengenalan kepada ekelas & Coogle aplikasi

28 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Mei 2019, jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari, seramai 5 orang yang terdiri daripada 2 orang guru serta 3 orang pelajar sekolah rendah telah membuat aktiviti bertempat di Bilik Latihan PI1M Machan. Aktiviti ini merupakan akitiviti di mana mereka telah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Google dan mempromosi Ekelas MAXIS.

Aktiviti ini telah dilakukan oleh guru subjek IT SK Ulu Machan di PI Machan kerana PI Machan mempunyai sumber yang lebih baik dan capaian internet yang lebih baik berbanding di sekolah selain daripada memperkenalkan fungsi PI Machan kepada pelajar mereka dan juga memberi input mengenai tuisyen percuma Ekelas MAXIS. Aktiviti diakhiri dengan satu sesi begambar kenangan bersama pengurusan PI Machan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali