E-Kelas - Membuat Hiasan Raya/Gawai
12 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta, 2 lelaki 4 orang perempuan dan merupakan pelajar sekolah rendah. Pada kelas hari ini mereka telah mengikuti membuat hiasan raya/gawai. Semasa kelas, mereka telah diberi arahan untuk membuat hiasan menggunakan kertas mah-jong, sharpie dan pensil warna. Mereka telah diberi kebebasan untuk membuat hiasan itu mengikut kreativiti mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: