Latihan Temuduga & Public Speaking Serta Advokasi KDB

16 February 2019 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah dihadiri oleh 13 orang peserta. Kesemua peserta untuk kelas kali ini merupakan pelajar lepasan SPM. Kelas hari ini ialah kelas soft skills iaitu latihan temuduga dan public speaking. Untuk kelas kali ini, mereka telah diberikan untuk menggambarkan dan merasai situasi atau keadaan semasa temuduga. Kelas ini memberikan mereka persediaan mental akan keadaan serta situasi semasa temu duga. Dengan itu mereka dapat menghadapi temuduga dengan tenang pada masa hadapan. Semasa kelas ini, mereka telah diberikan tips untuk temuduga contohnya, tips memilih pakaian yang bersesuaian serta bahasa badan agar nampak lebih yakin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali