Pengenalan Komputer & Asas Microsoft Words & Advokasi KDB

12 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Pada mulanya peserta diperkenalkan dengan Komputer dan internet serta asas MS Words. Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya.

Peserta mempelajari cara penggunaan Microsoft dengan membuat biodata diri secara ringkas. Peserta telah di ajar mengedit MS Words serta penggunaan MS Words secara asas. Akhir sekali, peserta telah diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk Online Grooming dan Teknologi dan Anda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali