Kelas Deko Kek Bajet

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 11 orang peserta yang terdiri daripada suri rumah dan juga usahawan. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk mendidik para peserta mengenai ilmu membuat kek menggunakan bajet yang rendah.

Selain itu, kelas ini juga mengajar cara membuat kek yang ringkas, sedap dan menggunakan bahan yang senang diperoleh di kedai-kedai runcit. Selainitu, peserta juga telah belajar cara membuat dekorasi kek dengan ringkas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali