Kelas Asas Deko Kek Bajet (Advance)
27 October 2019 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada suri rumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk mendidik para peserta mengenai ilmu membuat kek lebih advance dari kelas asas sebelum ini.
Pada kelas kali ini peserta telah diajar cara membuat deko ros ke atas kek dengan menggunakan fresh cream. Selain itu, ia bertujuan untuk memberi ilmu dan info kepada surirumah mengenai penyediaan kek yang ringkas dan memupuk semangat surirumah untuk menjadi pengusaha kek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: