Kelas MS Powerpoint & Advokasi KDB
15 April 2019 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta. Kesemua peserta untuk kelas kali ini merupakan pelajar sekolah rendah. Untuk kelas kali ini, pelajar telah didedahkan kepada MS Power Point. Semasa kelas kali ini, pelajar telah diberi arahan untuk membuat sebuah pembentang mengenai isu jenayah siber mengikut kreativiti mereka. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka penggunaan MS Power Point dalam membuat pembentangan. Selain itu mereka juga dapat mencari pelbagai isu semasa mengenai jenayah siber dan dalam masa yang sama membaca serta peka akan isu jenayah siber yang sedang melanda negara sekarang.
Pada akhir kelas ini mereka telah diberi taklimat KDB yang bertajuk: Pembuli Online. Taklimat KDB kali ini berkongsi mengenai gejala pembuli online Ataupun secara alam maya. Dengan mengikuti taklimat KDB ini, mereka dapat mengenal pasti dan mencegah gajala buli secara online.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: