Kelas Asas MS Powerpoint & Advokasi KDB

8 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2019, jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari, seramai 7 orang peserta 3 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan mengikuti kelas asas MS Power point yang diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Machan. Aktiviti kali ini memberi pendedahan asas kepada para peserta mengenai penggunaan asas MS Powerpoint dalam pembelajaran.

Selepas kelas asas MS Powerpoint tamat peserta telah diberi taklimat advokasi KDB yang bertajuk Tak Pasti Jangan Kongsi. Taklmat ini memberi teladan dan pengajaran kepada pelajar untuk tidak berkongsi apa-apa berita di media social sekiranya mereka tidak mengetahui asal usul berita tersebut. Sikap yang terus berkongsi tanpa memriksa kesahihan sesuatu berita boleh menyebabkan banyak akibat buruk antaranya, pergaduhan, buli siber, fitnah dan lain-lain. Dengan mendengar taklimat ini maka mereka dapat mengetahui tindakan yang betul sekiranya ingin berkongsi maklumat di media sosial di masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali