Resume & Advokasi KDB
10 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta 1 orang pelajar lelaki dan 5 orang peserta perempuan. Kesemua peserta untuk kelas kali ini merupakan pelajar lepasan SPM. Untuk kelas kali ini, pelajar telah diajar cara-cara membuat resume secara ringkas. Perkara ini bersesuaian dengan keperluan mereka untuk memasuki alam pekerjaan atau menyambung persekolahan ke peringkat yang lebih tinggi. Resume sangat berguna dan penting untuk mereka mengetahui cara penyediaan yang betul agar resume yang disediakan dapat memberi impak semasa temuduga atau sebagainya.
Setelah tamat kelas pengenalan resume, peserta telah mengikuti kelas advokasi KDB yang bertajuk ‘Oversharing”. Advokasi ini memberi bimbingan agar pengguna:
- Berhati-hati dalam membuat perkongsian di media sosial
- Tidak mendedahkan segala aktiviti, gambar atau lokasi dengan awam
- Akibat perkongsian berlebihan
- Langkah-langkah yang diambil untuk mengelakan perkongsian berlebihan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: