Program Bersama KEMAS Kelas asas Roti/bun
6 October 2019 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada suri rumah dan juga usahawan. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Tabika KEMAS Machan. Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk mengajar teknik-teknik asas membuat roti/bun. Peserta telah diajar 3 jenis bun, tips dan teknik membuat roti/bun dengan mudah dan ringkas. Peserta telah membawa pulang hasil roti/bun mereka pada hari tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: