Kelas Microsoft Words & Advokasi KDB
21 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada tuai rumah/wakil tuai rumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan Microsoft dengan membuat biodata diri. Peserta telah di ajar mengedit MS Words.
Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Teknologi & Anda. Ia bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran digital di kalangan rakyat Malaysia, khusunya untuk mengalakkan penggunaan oleh masyarakat yang kurang liputan perkhidmatan. Selain itu, ia bertujuan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta mengalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital dan untuk mewujudkan MCMC sebagai agensi pembangunan dan kawal selia bagi industry komunikasi dan multimedia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: