E-Kelas Learning Port (Darjah 6 & Ting 2) (BI & BM)

21 April 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah yang menyertai ekelas. Hari ini mereka telah belajar menggunakan learning port. Subjek pada hari ini ialah subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Kelas ini telah diadakan bermula dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang dan bertempat di Bilik Latihan PI Pekan Machan.

Peserta telah menggunakan laman web ekelas untuk membuka learning portal dan membuat sesi pembelajaran melalui web tersebut. Setiap pelajar telah diberikan ID unik untuk mengakses learning portal tersebut. Melalui kelas ini, peserta dapat meluangkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan sekaligus mendedahkan peserta dengan penggunaan internet dengan bijak dan betul. Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk menilai keberkesanan sesi pembelajaran yang mereka lalui untuk awal tahun ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali