Membuat Minit mesyuarat & Advokasi KDB
27 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mei 2019, jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari, seramai 3 orang peserta perempuan mengikuti kelas komputer MS Word yang bertempat di Bilik Latihan PI1M Machan. Bagi kelas kali ini para peserta telah menngunakan MS Word membuat minit menyuarat. Aktiviti ini dibuat adalah untuk mengajar peserta tentang kegunaan yang terdapat di MS Word untuk membuat minit mensyuarat.
Setelah kelas MS Word selesai pelajar telah diberikan taklimat KDB yang bertajuk Sebenarnya.my. Taklimat KDB ini adalh untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai sebenarnya.my dan kegunaanya. Sebenarnya.my dapat membantu pengguna mengesahkan sesuatu berita sebelum pengguna menyebarkan apa-apa maklumat yang tidak pasti. Oleh demikian penyebaran maklumat palsu dapat dielakkan daripada dikongsi secara berleluasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: