Online Shop & Advokasi KDB

4 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Kelas ini memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai perniagaan atas talian atau lebih dikenali sebagai online shop. Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertajuk Teknologi dan Anda. Ia bertujuan memberi info mengenai sejarah internet dan hubungkait manusia dengan internet.

Selain itu, advokasi ini bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran digital di kalangan rakyat Malaysia, khususnya untuk menggalakkan penggunaan oleh masyarakat yang kurang liputan perkhidmatan; mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital; dan untuk mewujudkan MCMC sebagai agensi pembangunan dan kawal selia bagi industri komunikasi dan multimedia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali