Kelas usahawan muda & Advokasi KDB (online grooming)

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta terdiri daripada 1 perempuan dan 5 lelaki. Kesemua peserta untuk kelas kali ini merupakan pelajar sekolah rendah. Kelas hari ini ialah kelas usahawan muda online. Semasa kelas ini, peserta telah diberikan penjelasan mengenai keusahawan. Terutamanya usahawan muda. Kelas ini dijalankan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka terhadap bidang keusahawanan ini.

Pendedahan awal kepada bidang ini berguna kepada mereka kerana ia dapat membantu mereka meningkatkan sara hidup mereka ataupun membuat pendapatan sampingan jika tidak ingin menceburi bidang ini secara serius. Setelah tamat kelas pengenalan kepada bidang keusahawanan, peserta telah mengikuti kelas advokasi KDB yang bertajuk Taklimat KDB bertajuk ‘online grooming’. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai online grooming agar mereka tidak terpedaya dan menjadi mangsa online grooming.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali