Hari Terbuka Pusat Internet (PI) Machan 2019

29 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 April 2019, Pusat Internet (PI) Machan telah mengadakan Program Hari Terbuka yang ketiga kalinya dianjurkan setelah PIM Machan beroperasi pada bulan April 2017. Program kali ini telah dirasmikan oleh Penghulu Lawrance Malaka Anak Rimba. Seramai lebih kurang 110 orang penduduk telah hadir ke Program tersebut. Pelbagai aktiviti yang menarik dan juga hadiah yang lumayan menanti para pengunjung yang hadir ke program ini.

Antra aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah seperti Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak Tadika Kemas Machan, Pertandingan Melukis oleh pelajar Menengah Rendah, Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) & Advokasi, cabutan bertuah, karaoke, lagu permintaan dan juga gerai jualan untuk usahawan kecil komuniti Machan. Selain itu, pendaftaran sebagai ahli Pi1M Machan secara percuma juga telah dijalankan disamping pendaftaran percuma program eKelas Maxis untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Program yang dijalankan ini adalah program kolaborasi antara PI1M Machan bersama Ahli Jawatankuasa Komuniti Machan. Selain itu, kolaborasi telah dijalankan antara PI Bayong dan juga PI Sekuau. Antara objektif Program Hari Terbuka PI Machan adalah untuk mempromosi Pusat Internet Machan kepada orang ramai selain menjalinkan hubungan antara komuniti setempat dengan Pusat Internet Machan. Program ini juga adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang keselamatan penggunaan ICT dalam kalangan pengguna ICT dan juga untuk memupuk budaya keusahawanan dalam komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali