Canva-Poster Hari Gawai & Advokasi KDB

12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta, 3 perempuan dan 1 lelaki. Peserta ini merupakan pelajar-pelajar lepasan tingkatan 5. Aktiviti hari ini merupakan aktiviti dimana peserta telah diberi pengenalan mengenai aplikasi Canva. Mereka telah diberi tugasan untuk membuat poster bersempena dengan Hari Gawai dan Hari Raya. Aktiviti dijalankan di Bilik Latihan PI Machan.

Setelah selesai kelas, mereka kemudian diberi taklimat KDB yang bertajuk ‘Call Spoofing’. Advokasi ini adalah mengenai Penipuan dan penyalahgunaan teknologi dengan memanipulasi nombor talian telefon. Dilakukan dengan memalsukan nombor talian telefon dengan nombor lain yang merupakan nombor yang sah seperti dari Bank, Polis atau pihak berkuasa yang lain. Dengan menyertai kelas ini mereka dapat mengelakan diri daripada menjadi mangsa call spoofing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali