Kuiz Kemerdekaan & Nyanyian Lagu Patriotik (Kemerdekaan) & Advokasi KDB
25 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari yang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk menyemarakan semangat kemerdekaan disamping melahirkan rasa cintakan negara dan patriotism dalam kalangan pelajar.
Selain itu kelas ini dilakukan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal disambut tidak lama lagi. Semasa kelas ini pelajar telah diminta untuk menyanyikan lagu-lagu kemerdekaan dan juga menjawab kuiz kemerdekaan. Akhir sekali peserta telah diberi taklimat ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak Teknologi & Anda. Ia bertujuan mendidik peserta supaya bijak menggunakan teknologi dengan positif untuk berhubung dengan orang lain, menghormati konsep privasi dan kebebasan bersuara di dunia digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: