Kelas membaca & Advokasi KDB
19 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi yang bertempat di ruang membaca PI Machan. Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan memelihara minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
Hal ini kerana dengan kemajuan arus teknologi kita tidak mahu minat membaca mereka kian pudar dan menjadi malas membaca jika asyik bermain gadjet. Akhir sekali peserta telah diberi taklimat ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak Teknologi & Anda. Ia bertujuan mendidik peserta supaya bijak menggunakan teknologi dengan positif untuk berhubung dengan orang lain, menghormati konsep privasi dan kebebasan bersuara di dunia digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: