Kelas membuat resume & Advokasi KDB

18 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta perempuan. Kesemua peserta untuk kelas kali ini merupakan pelajar lepasan SPM. Untuk kelas kali ini, pelajar telah diajar cara-cara membuat resume secara ringkas. Perkara ini bersesuaian dengan keperluan mereka untuk memasuki alam pekerjaan atau menyambung persekolahan ke peringkat yang lebih tinggi. Resume sangat berguna dan penting untuk mereka mengetahui cara penyediaan yang betul agar resume yang disediakan dapat memberi impak semasa temuduga atau sebagainya.

Setelah tamat kelas pengenalan resume, peserta telah mengikuti kelas Advokasi KDB yang bertajuk bertajuk ‘Check Your Label’. Advokasi ini memberi bimbingan agar pengguna: Check Your Label (CYL) adalah kempen untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali