Program Advokasi & Kolaborasi di UCTS Sibu (Service Learning Project Launching)
19 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 Julai yang lepas, PI Machan bersama komuniti Machan telah mengadakan Program Advokasi dan Kolaborasi bersama pelajar Kolej UCTS Sibu dan UNIMAS. Program ini merupakan kesinambungan projek yang telah dijalankan antara Komuniti Machan, Kolej UCTS dan UNIMAS. Program ini telah dihadiri oleh 15 orang tuai rumah/wakil tuai rumah dan pelajar-pelajar Kolej UCTS.
Antara tujuan program ini diadakan adalah merupakan Launching Project Service Learning. Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi gambaran kepada komuniti mengenai projek-projek/aktiviti yang boleh dijalankan di sekitar Machan untuk membangunkan ekonomi di sekitar Machan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: