Booth & Pameran Seminar Menjadi Seorang Pengguna Yang Bijak (Advokasi KDB)

26 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini adalah aktiviti yang dikelola oleh MCMC, KPDNHEP, United Chinese Association Sibu, dan dihadiri oleh pengurus dan pembantu pengurus PI Bawang Assan serta pengurus dan pembantu pengurus PI Machan. Aktiviti ini telah diadakan di Dewan United Chinese Association Sibu. Aktiviti ini telah dihadiri seramai 150 orang yang terdiri daripada 70 lelaki dan 80 perempuan. Jumlah ini dicatit berdasarkan jumlah kehadiran yang mendaftar di booth.

Semasa aktiviti ini dijalankan pihak penganjur mengadakan taklimat Advookasi bertajuk Menjadi Seorang Pengguna Yang Bijak. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada hadirin mengenai kepentingan menjadi pengguna bijak. Hal ini sangat berguna agar mereka tidak membuat kesilapan kecil dan tertipu dengan niat tidak baik pelaku.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali