Kelas Sign Up Email & Advokasi KDB

14 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Kelas ini telah diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Machan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar cara membuat email (create, login & logout).

Kelas ini berguna kepada pelajar agar mereka mendapat asas penggunaan email dan belajar cara membuat keselamatan email mereka. Selepas selesai kelas tersebut pelajar telah diberikan taklimat KDB. Taklimat ini berguna untuk memberi kesedaran penggunaan internet dengan bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali