Membuat surat rasmi & Adv KDB

6 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mei 2019, jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari, seramai 3 orang peserta perempuan mengikuti kelas komputer MS Word yang bertempat di Bilik Latihan PI1M Machan. Bagi kelas kali ini para peserta telah menngunakan MS Word membuat surat rasmi. Aktiviti ini dibuat adalah untuk mengajar peserta tentang kegunaan yang terdapat di MS Word untuk membuat surat. Hari ini aktiviti yang diberikan adalah untuk menyediakan surat rasmi.

Setelah kelas MS Word selesai pelajar telah diberikan taklimat KDB yang bertajuk E-waste Taklimat KDB ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai e-waste dan kegunaanya. E-waste dapat membantu pengguna dengan memberi maklumat mengenai cara-cara membuang telefon atau peralatan elektronik yang lain seperti pengecas telefon atau bateri telefon setelah tidak dapat digunakan. Ini kerana bahan-bahan terbuang tersebut mempunyai bahan kimia dan radioaktif yang boleh membahayakan kesihatan jika dibiar dan disimpan di kediaman untuk jangka masa yang lama atau dibuang merata.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali