Membuat surat tidak rasmi & Adv KDB

6 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mei 2019, jam 2.00 hingga 5.00 petang, seramai 3 orang peserta perempuan mengikuti kelas komputer MS Word yang bertempat di Bilik Latihan PI1M Machan. Bagi kelas kali ini para peserta telah menngunakan MS Word membuat surat tidak rasmi. Aktiviti ini dibuat adalah untuk mengajar peserta tentang kegunaan yang terdapat di MS Word untuk membuat surat. Hari ini aktiviti yang diberikan adalah untuk menyediakan surat tidak rasmi.

Setelah kelas MS Word selesai pelajar telah diberikan taklimat KDB yang bertajuk Sebenarnya.my. Taklimat KDB ini adalh untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai sebenarnya.my dan kegunaanya. Sebenarnya.my dapat membantu pengguna mengesahkan sesuatu berita sebelum pengguna menyebarkan apa-apa maklumat yang tidak pasti. Oleh demikian penyebaran maklumat palsu dapat dielakkan daripada dikongsi secara berleluasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali