Basic Typing Skills & Advokasi KDB

11 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah dihadiri oleh 7 orang peserta 1 orang pelajar lelaki dan 6 orang peserta perempuan. Kesemua peserta untuk kelas kali ini merupakan pelajar lepasan SPM. Untuk kelas kali ini, pelajar telah diajar cara-cara menaip menggunakan teknik yang betul. Pelajar telah diberitahu mengenai kepentingan serta kelebihan menaip dengan teknik yang betul.

Setelah tamat kelas pengenalan resume peserta telah mengikuti kelas advokasi KDB yang bertajuk ‘Jenayah Siber; Hak & Tanggungjawab Anda’. Advokasi ini memberi bimbingan agar pengguna mengetahui jenis-jenis jenayah siber dan cara-cara mengatasi bagi mengelakan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber yang semakin berleluasa. Selain itu, Advokasi KDB ini juga memberi input kepada peserta mengenai akta-akta undang-undang yang melindungi mereka daripada jenayah siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali