Usahawan & Advokasi KDB
13 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta, dan kesemua mereka terdiri daripada 3 orang perempuan. Peserta ini merupakan pelajar-pelajar lepasan tingkatan 5. Aktiviti hari ini merupakan kelas usahawan. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai usahwa. Aktiviti ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Machan.
Setelah selesai kelas, mereka kemudian diberi taklimat KDB yang bertajuk ‘Call Spoofing’. Advokasi ini adalah mengenai Penipuan dan penyalahgunaan teknologi dengan memanipulasi nombor talian telefon. Dilakukan dengan memalsukan nombor talian telefon dengan nombor lain yang merupakan nombor yang sah seperti dari Bank, Polis atau pihak berkuasa yang lain. Dengan menyertai kelas ini mereka dapat mengelakan diri daripada menjadi mangsa call spoofing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: