Kelas Usahawan Muda Online & Advokasi KDB
16 February 2019 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini telah dihadiri oleh 13 orang peserta. Kesemua peserta untuk kelas kali ini merupakan pelajar lepasan SPM. Kelas hari ini ialah kelas usahawan muda online. Semasa kelas ini, peserta telah diberikan penjelasan mengenai keusahawan. Terutamanya usahawan muda. Kelas ini dijalankan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka terhadap bidang keusahawanan ini. Pendedahan awal kepada bidang ini berguna kepada mereka kerana ia dapat membantu mereka meningkatkan sara hidup mereka ataupun membuat pendapatan sampingan jika tidak ingin menceburi bidang ini secara serius.
Setelah tamat kelas pengenalan kepada bidang keusahawanan, peserta telah mengikuti kelas advokasi KDB yang bertajuk ‘Check Your Label’. Advokasi ini memberi bimbingan agar pengguna:
- Check Your Label (CYL) adalah kempen untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: