Microsoft Words & Advokasi KDB
29 February 2019 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini telah dihadiri oleh 7 orang peserta. Kesemua peserta merupakan bekas pelajar tingkatan 5 dan sedang menunggu keputusan SPM mereka. Untuk kelas kali ini, pelajar telah mengulangkaji aktiviti –aktiviti menaip yang telah dibuat minggu lalu. Untuk kali ini, mereka telah mengulangkaji dengan menaip surat rasmi dan surat tidak rasmi. Tujuannya adalah untuk mereka mengingat kembali format, langkah serta tips yang betul dalam membuat surat rasmi dan surat tidak rasmi. Hal demikian kerana mereka akan menduduki ujian MS Office Word pada bulan Mac ini.
Setelah habis kelas, mereka telah dibeikan taklimat Asvokasi KDB yang bertajuk bertajuk ‘Check Your Label’. Advokasi ini memberi bimbingan agar pengguna:
- Check Your Label (CYL) adalah kempen untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: