Kelas Membuat Resume & Advokasi KDB
14 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Kelas ini telah diadakan dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Machan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta mengenai cara membuat resume menggunakan MS Office Word.
Semasa kelas ini diadakan mereka telah diminta untuk menyediakan resume masing-masing mengikut contoh dan langkah yang diberikan. Setelah selesai kelas tersebut peserta telah diberikan taklimat KDB untuk memberi kesedaran menggunakan internet dengan bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: