Kelas Microsoft Words (Membuat Jadual) & Advokasi KDB

16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan Microsoft dengan membuat jadual harian di sekolah.

Peserta telah di ajar mengedit MS Words serta mengedit table. Selain itu, peserta juga diajar menambah gambar dan bentuk di dalam MS Words. Akhir sekali, peserta telah diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk Buli Siber. Ia bertujuan supaya mendidik peserta tidak menjadi pembuli siber serta tidak mudah menjadi mangsa buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali