Kelas Microsoft Words & Advokasi KDB

12 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan Microsoft dengan membuat jadual harian di sekolah.

Peserta telah di ajar mengedit MS Words serta mengedit table. Akhir sekali, peserta telah diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk Online Grooming dan Teknologi dan Anda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali