Basic ICT, PC Hardware & Advokasi KDB
11 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Aktiviti ini telah dihadiri oleh 7 orang peserta 1 orang pelajar lelaki dan 6 orang peserta perempuan. Kesemua peserta untuk kelas kali ini merupakan pelajar lepasan SPM.
Untuk kelas kali ini, pelajar telah diajar komponen asas komputer dan memahami setiap fungsi papan kekunci/ keyboard dengan betul. Selain itu juga peserta diberutahu cara yang betul memulakan serta memadam komputer agar dapat mengelakan kerosakan kepada komputer. Mereka juga diajar perbezaan di antara mode “Sleep, Restart & Hibernate” dan kegunaannya.
Setelah tamat kelas pengenalan kepada komponen asas komputer, peserta telah mengikuti kelas advokasi KDB yang bertajuk ‘Call Spoofing’ atau Panggilan Palsu. Advokasi ini memberi bimbingan agar pengguna:
- Tidak panic sekiranya menerima panggilan
- Tidak mengikut arahan pemanggil
- Menyemak dan sahkan nombor akaun yang dinyatakan oleh pemanggil
- Berkongsi mesej yang diterima daripada nombor berikut
- Serta akhir sekali untuk melaporkan kepada pihak PDRM dan BNMTELELINK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: