CATs Learning Practice (core) & Advokasi KDB (Online grooming)
14 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Aktiviti ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta 1 orang pelajar lelaki dan 7 orang peserta perempuan. Kesemua peserta untuk kelas kali ini merupakan pelajar lepasan SPM.
Untuk kelas kali ini, pelajar telah membuat latihan Bahasa Inggeris menggunakan CATs Learning portal. CATs Learning adalah portal yang menawarkan pembelajaran Bahasa Inggeris secara percuma kepada pelajar yang berminat untuk meningkatakan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka. CATs Learning bukan saja boleh diakses melalui komputer malahan juga menggunakan telefon pintar selagi menmpunyai capaian internet yang kuat.
Untuk aktiviti CATs Learning kali ini, ia adalah CATs Learning kategori core iaitu kategori atas 13 tahun. Setelah tamat kelas pengenalan kepada komponen asas komputer, peserta telah mengikuti kelas advokasi KDB yang bertajuk Online Grooming. Advokasi ini memberi bimbingan agar pengguna:
- Pembentukan/didikan keperibadian seseorang mangsa oleh pemangsa supaya mangsa mendengar kata-kata/suruhan pemangsa.
- Memberi pendedahan kepada peserta bahawa Online Grooming dilakukan untuk pelbagai tujuan termasuk seksual, keganasan(terrosim), jenayah, dlln. Kadang kala sikap atau kecuaian pengguna itu sendiri seperti ‘terlebih kongsi’ maklumat peribadi di media membuka ruang untuk mereka menjadi mangsa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: