CATs Learning Practice (core) & Advokasi KDB (Check Your Label)
15 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Aktiviti ini telah dihadiri oleh 9 orang peserta 1 orang pelajar lelaki dan 8 orang peserta perempuan. Kesemua peserta untuk kelas kali ini merupakan pelajar lepasan SPM.
Untuk kelas kali ini, pelajar telah membuat latihan Bahasa Inggeris menggunakan CATs Learning portal. CATs Learning adalah portal yang menawarkan pembelajaran Bahasa Inggeris secara percuma kepada pelajar yang berminat untuk meningkatakan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka. CATs Learning bukan saja boleh diakses melalui komputer malahan juga menggunakan telefon pintar selagi menmpunyai capaian internet yang kuat.
Untuk aktiviti CATs Learning kali ini, ia adalah CATs Learning kategori core iaitu kategori atas 13 tahun. Setelah tamat kelas pengenalan kepada komponen asas komputer, peserta telah mengikuti kelas advokasi KDB yang bertajuk ‘Check Your Label’. Advokasi ini memberi bimbingan agar pengguna:
- Check Your Label (CYL) adalah kempen untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: