Pembentangan Projek Service Learning
12 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Aktiviti ini telah dihadiri oleh 25 orang-Tuai rumah, pelajar daripada UNIMAS, UCTS serta CORNELL Universiti.
Aktiviti hari ini adalah untuk membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh para pelajar dari UNIMAS, UCTS dan CORNELL university kepada wakil rumah panjang yang mereka kunjungi sepanjang di Machan. Projek ini telah dibuat oleh ketiga-tiga institusi ini untuk membantu komuniti Machan menyimpan dan memelihara data penduduk agar generasi sekarang mahupun yang akan dating mengetahui sejarah tempat ini. Selain tiu projek ini dilakukan adalah untuk memperkenalkan Machan di peta dunia agar masyarakat umum serta antarabangsa mengetahui kewujudan Pekan Machan ini.
Selain itu projek ini adalah projek kolaborasi/social learning antara Pusat Internet Machan bersama dengan UCTS, UNIMAS dan CORNELL University. Aktiviti mengumpul maklumat ini telah diadakan selama 5 hari iaitu dari hari Isnin 7/Jan/2019 hingga Jumaat 11/Jan/2019. Keseluruhannya mereka telah melawat ke 18 buah rumah panjang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: