Kursus Pemprosesan Makanan Anjuran Seksyen Agromakanan Pejabat Petanian Kawasan Machan bersama Usahawan Machan ( Collaberasi )

4 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Kursus ini telah dihadiri oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada golongan usahawan warga Machan majoriti terdiri daripada golongan Suri Rumah selama 2 hari bermula pukul 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang bertempat di Jabatan Pertanian Machan.

Peserta kursus telah mempelajari cara memproses tanaman seperti buah pisang, ubi kayu dan nanas untuk menghasilkan produk jualan seperti kerepek, jem, dan sos untuk. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan usahawan dan terus meningkatkan sosioekonomi mereka. Kursus ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Allan Siden Gramong. Semasa Kursus ini juga, Pusat Internet Machan telah memperkenalkan Bengkel Pemasaran Digital kepada peserta kursus supaya mereka boleh mengikuti Bengkel Pemasaran secara percuma dengan menggunakan applikasi dan platform atas talian untuk perniagaan mereka nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali