Kelas membuat Cover Letter (MS Words) & Advokasi KDB
22 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Mereka merupakan pelajar lepasan SPM dan STPM. Kelas ini telah diadakan dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Machan.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta mengenai cara membuat rcover letter menggunakan MS Office Word untuk memohon kerja. Semasa kelas ini diadakan mereka telah diminta untuk menyediakan cover letter masing-masing mengikut contoh dan langkah yang diberikan.
Setelah selesai kelas tersebut, peserta telah diberikan taklimat KDB untuk memberi kesedaran menggunakan internet dengan bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: