E-Learning (Matematik) & Advokasi KDB

9 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik PI Machan.

Peserta telah menggunakan laman web AdaptedMind Mathematic untuk mempelajari subjek Bahasa Inggeris dan Matematik secara online.
Melalui kelas ini, peserta dapat meluangkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan sekaligus mendedahkan peserta dengan penggunaan internet dengan bijak dan betul.

Akhir sekali, peserta telah diberi taklimat ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk Maklumat Palsu. Ia bertujuan melatih peserta supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat-maklumat yang tidak sahih di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali