Kelas English Learning & AVD “Buli Siber”

12 September 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam bermula pada 9.00 Pagi sehingga 12 Tengah Hari yang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar bahasa English menggunakan E- Learning Portal. Mereka diajar cara memperkenalkan diri / “Introduce Yourself” denggan menggunakan bahasa Inggeris sebagai Bahasa penghantar. Selepas itu, mereka diberi ceramah Advokasi mengenai “Buli Siber” yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar iaitu golongan remaja agar mereka tidak menjadi mangsa buli siber dan kesannya kepada mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali