Kelas Mengisi E- Recruitment / SPA & Advokasi Call Spoofing

7 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah dihadiri oleh 9 orang peserta. Peserta ini merupakan pelajar-pelajar lepasan tingkatan 5 & 6. Aktiviti hari ini merupakan aktiviti dimana peserta telah membuat permohonan erecruitment & SPA web site. Aktiviti ini telah dijalankan di Bilik Latihan PI Machan. Setelah habis membuat aktiviti, mereka kemudian diberi taklimat Advokasi KDB yang bertajuk ‘Call Spoofing’.

Advokasi ini adalah mengenai Penipuan dan penyalahgunaan teknologi dengan memanipulasi nombor talian telefon. Dilakukan dengan memalsukan nombor talian telefon dengan nombor lain yang merupakan nombor yang sah seperti dari Bank, Polis atau pihak berkuasa yang lain. Dengan menyertai kelas ini mereka dapat mengelakan diri daripada menjadi mangsa call spoofing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali