Kelas Asas Computer & AVD "Jenayah Siber"

11 September 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam bermula pada 2.00 Petang sehingga Pukul 5.00 Petang yang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai peralatan asas komputer dan cara penggunaannya. Selepas itu, mereka diberi ceramah Advokasi mengenai “Jenayah Siber” yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar iaitu golongan remaja agar mereka tidak terpedaya dan menjadi mangsa jenayah dan sentiasa peka dengan “Scammer” yang makin berleluasa ke atas golongan remaja sekarang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali