Kelas Keusahawanan & Advokasi KDB
24 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada komuniti belia. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah didedahkan dengan video usahawan yang telah berjaya pada tahun lepas selain diajar mengenai maksud usahawan online.
Video ini telah menarik minat dan membakar semangat komuniti untuk mengusahakan dan mempromosikan produk secara online. Bagi mengakhiri kelas, peserta diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai Faktor-faktor Yang Menyebabkan Kegagalan Seorang Usahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: