Keyboarding Skills & Advokasi KDB

6 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk mendidik para peserta mengenai cara penggunaan papan kekunci dengan betul agar dapat menaip dengan pantas serta kurang melakukan kesilapan.

Kelas ini penting untuk kegunaan para peserta pada masa hadapan kerana sekiranya diberi tugasan untuk menaip mereka dapat melakukan kerja dengan pantas. Akhir sekali, peserta telah diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk Teknologi & Anda. Ia bertujuan mendidik peserta supaya bijak menggunakan teknologi dengan positif untuk berhubung dengan orang lain, menghormati konsep dan privasi serta kebebasan bersuara di dunia digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali