Keyboarding skills & Advokasi KDB

18 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk mendidik para peserta mengenai cara penggunaan papan kekunci dengan betul agar dapat menaip dengan pantas serta kurang melakukan kesilapan.

Ilmu ini penting untuk mereka pada masa hadapan sekiranya mereka diberi tugasan untuk menaip karangan dengan meggunakan MS Words. Akhir sekali peserta telah diberi taklimat ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak Teknologi & Anda. Ia bertujuan mendidik peserta supaya bijak menggunakan teknologi dengan positif untuk berhubung dengan orang lain, menghormati konsep privasi dan kebebasan bersuara di dunia digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali